Posts

PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA

Image
Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakatan dan Negara keseluruhannya melalui ideology Negara supaya setiap anggota masyarakatan dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan  antara aspek  yang penting dalam membentuk  perpaduan negara. Perpaduan juga memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan Negara. Sejak merdeka lagi,kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita . Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan Negara yang ingin dicapai untuk wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan . Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di Negara kita seperti cina,melayu,india,kadazan dan